Assalamualaikum..
Hari ini baru berkesempatan mengemaskini blog. Maaflah sejak akhir-akhir ni sibuk sikit. Kalau nak kira dengan sibuk tu memang memajang ja sibuk. Kena pandai cari masa update blog ye Maziah.. hehehe cakap dengan diri sendiri :)
Sudah lama anak-anak mint belikan kolam. Nak mandi kolam katanya.. Hari-hari minta belikan kolam. Sabtu lepas baru berkesempatan pergi Giant beli kolam ni.. Rm 39.90 kalau tidak silap.. Samapi rumah pun dah malam jadi anak-anak tidak boleh lagi mandi kolam. Apa yang budak-budak ni buat ialah mereka buka kolam tu dan tidur dalam kolam sambil tengok tv. MasyaAllah anak-anak terserlah sangat kempunan hendak mandi kolam belum tercapai.. Sanggup tidur dalam kolam heheeh.. lucu mama tengok gelagat anak-anak.
Keesokkan pagi bangun terus minta hendak mandi kolam. Ok boleh mandi kolam dengan syarat makan dulu. Anak-anak pun menurut perintah makan dahulu sebelum mandi kolam.. Alhamdulillah cuaca hari tu pun baik dan panas.
Seronok la sebab boleh mandi kolam. Masing-masing tidak sabar tunggu kolam tu penuh dengan air. Bila penuh dan cukup ja air pakat melompat masuk kolam. Hai anak-anak, tidak kisahlah asalkan kamu semua happy :)
|
Asyraaf ready nak melompat masuk kolam dah tu..
|
|
Amboi kakak menonggek sakan. cari apa tu???
|
|
|
|
Kakak dah mula berenang. Lepas tu ada lagi acara kuak lentang dan sebagainya.. Afrina masih duduk lagi. Belum berani lagi nak explore kolam macam kakak dan abang.
|
|
Haaa dah buka dah baju.. semakin seronok mandi kolam
|
|
|
Seronok main air, Mama panggil tengok hset pun dah x pandang dah.. |
Aktiviti hujung minggu saja. Kalau tidak keluar pergi jalan-jalan, mandi kolam sajalah budak-budak ni. Bila dah puas mandi dan kesejukan baru mahu keluar dari kolam tu. Tidak kisahlah anak-anak yang penting seronok..