Sunday, September 29, 2013

Request dari Encik Suami

SUP TULANG

Assalamulaikum.. Setiap hari ahad di Kota Marudu ada tamu.. Tamu ni mcm pasar tani/ nat/ pasar hari sebelah semenanjung.. Macam-macam ada jual dari barang basah sampai barang kering.. Segalanya ada termasuklah akar-akar kayu dan sumber-sumber dari hutan. Orang-orang kampung yang jual. Ada yang datang tidur di tapak tamu.. Gigih betul peniaga-peniaga di sini.

Menu hari ni SUP TULANG, permintaan dari suami tercinta. Di sini tulang yang beserta daging rm23 sekilo. Di semenanjung saya tidak pasti berapa ringgit 1kg tulang. Kalo daging tanpa tulang rm20 sekilo. Sudah selesai cuci tulang maka saya masukkan dalam 'pressure cooker'. Jimat masa kalau rebus tualng  dan daging dalam pressure cooker. Dalam masa 30 min dah selesai masak, daging pun empuk senang hendak makan..Kalau masak guna periuk biasa tu rasanya mahu 1 jam jugak kot tunggu sehingga daging empuk. Suri kenalah pandai jimat ketika masak ye. Guna kelengkapan yang ada untuk jimat masa di dapur dan juga gas. Terutama sekiranya menyediakan makanan yang perlu di masak lama untuk pastikan masakan itu masak dengan sempurna seperti sup tulang inilah.  Sedap makan dengan nasi panas beserta sambal kicap perah asam limau.
Perghhh meleleh heheheh!!!

No comments:

Post a Comment