Monday, September 30, 2013

Aktiviti Harian Siapkan Kek Jualan


Adunan sedang giat berputar dalam mixer gabak heheheh..

Selamat tengah hari semua. Sudah masak menu tengahari?? Hari ini saya nak kongsi aktiviti saya tiap-tiap pagi setiap hari isnin hingga khamis. Setiap pagi saya akan siapkan 6 biji kek butter untuk jualan di sekolah suami saya setiap hari. Bukan suami saya yang jual, tapi tumpang letak di kantin sekolah dia mengajar saja.


Berhenti rehat kejap. Nanti sambung pusing.



Adunan yang telah siap di adun dengan sempurna.

Langkah seterusnya boleh panaskan oven untuk bakar kek nanti. Sementara tunggu oven panas bolehlah sediakan loyang untuk isi adunan kek. Loyang saya sapukan dengan shortening dahulu di dasarnya untuk elak dari kek melekat nanti apabila selesai bakar.
Apabila dah selesai sapu shortening bolehlah masukkan adunan dalam loyang sehingga habis.




Sekarang aduanan kek telah siap dimasukkan ke dalam loyang. Sekali bakar boleh masukkan 3 biji kek, jadi 2 kali sajalah bakar kek.



Ini kek yang telah siap di potong dan di bungkus setiap 1 biji, jadi senanglah budak-budak sekolah nak beli dan makan.



Di sini saya kongsi resepi kek butter ni ya:

Bahan-bahan:
250 gm mentega/butter
200 gm gula kastor
250 gm tepung gandum*
5 biji telur saiz B
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bicarbonate*
esen vanilla

Cara-caranya:
1. Putar mentega dan gula sehingga kembang.
2. Ayak bahan bertanda * bersama-sama
3. Masukkan esen dan telur sebiji demi sebiji sambil putar sehingga habis.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan pukul sebati.
5. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree C selama 45 min sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA :)

No comments:

Post a Comment