Saturday, September 28, 2013

Salam Perkenalan Semua Readers

Assalamulaikum dan selamat petang readers :)

Saya merupakan seorang isteri kepada suami saya yang tersayang dan juga ibu kepada 3 permata hati kami. Seorang yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja dan seorang yang sangat simple. Saya merupakan WAHM - ibu yang bekerja di rumah sejak berkahwin sehinggalah sekarang InsyaAllah...
Alhamdulillah usian perkahwinan kami sudah menjangkau hampir 7 tahun dan sudah dikurniakan dengan 3 orang anak yang comel. Syukur Alhamdulillah..

Hobi saya adalah melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak, menjahit dan hobi terbaru adalah ber'blogging' hehehe.. Saja suka-suka hendak berkongsi cerita saya bersama-sama sahabat di luar sana.. Sebelum berkahwin dulu saya pernah bekerja sebagai Pegawai Penyelidik (RO) di Lembaga Getah Sungai Buloh selama lebih kurang1 tahun. Selepas kahwin beberapa bulan saya berhenti kerja kerana hendak mengikut suami saya yang di hantar bertugas sebagai pendidik di Sabah.

Ramai yang berkata kepada saya ruginya kerja dah bagus tapi berhenti, ada kelulusan tinggi tapi tidak bekerja. Sayang sangat sebab tidak menggunakan kelulusan yang dimiliki untuk bekerja. Pada saya berjayanya seorang isteri bukan kerana memiliki pekerjaan yang bagus tetapi sentiasa bersama suami walau dimana dia berada, sentiasa disisi dia. Tugas isterikan perlu sentiasa disisi suami, jadi saya mengorbankan kerja saya sebagai Pegawai Penyelidik dan pindah mengikuti suami saya. Pada masa tu saya sedang mengandungkan anak saya yang pertama.

Setelah berpindah ke Sabah beberapa tahun saya pun memulakan dengan perniagaan online. Mengapa saya memilih untuk berkeja di rumah?? Sebab utama adalah kerana saya hendak anak saya membesar di depan mata saya. Biar saya menjaga mereka sepenuh masa, sakit demam semua saya yang jaga. Saya juga pernah juga memohon beberapa pekerjaan di sini tapi memandang tempat saya agak jauh dari bandar jadi agak susah untuk saya pergi bekerja di sana disamping tiada sesiapa yang boleh tengok-tengokkan anak saya. KPLI pun pernah saya mohon beberapa kali tapi tetap tidak berjaya untuk peringkat seterusnya, sekadar menjalani ujian bertulis sahaja.Selepas daripada itu saya terus bertekad untuk bekerja di rumah sahaja sambil menguruskan keluaga.

Masa saya belajar di Uitm Shah Alam pada semester akhir, kawan-kawan saya pernah bertanya kepada saya lepas habis belajar hendak kerja apa? Dengan penuh yakin saya jawab "tak nak kerja, nak duduk rumah jaga anak-anak dan urus rumahtangga". MasyaAllah Subhanallah DIA telah memakbulkan kata-kata saya ketika itu.. Sudah di takdirkan saya menjadi surirumah sepenuh masa disamping menjalani perniagaan online dirumah dan mendapat sokongan penuh dari suami tercinta. Terima kasih sayang , love you so much!!

2 comments:

  1. As salam Puan..
    Tahniah Puan. Saya pun dah berjaya mencapai impian menjadi surirumahtangga juga. Lintasan hati zaman belajar kat UM dulu dimakbulkan Allah. Semoga terus berjaya...

    http://nolizawatimohdsaad.blogspot.com/2013/07/kenapa-tidak-bekerja.html
    Wassalam
    notie ms

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Pn.Nolizawati :)

      Terima kasih puan.. Sama2 lah kita mengejar Redha Allah s.w.t dalam menjalankan tugas sbg suri di rumah..

      Delete